Thursday, 8 September 2016

SEJARAH : Mid-semester break work

DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

10.1 Ekonomi Tradisional
                 Ciri-ciri ekonomi tradisional
Ciri-ciri ekonomi dagangan
·         Pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil             
·         Menggunakan teknologi  yang mudah
·         Modal yang kecil
·         Tenaga buruh yang terhad
·         Pasaran yang kecil

·         Kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran
·         Pengeluaran dalam skala yang besar
·         Sumber tenaga yang ramai
·         Modal yang besar
·         Teknologi yang tinggi
·         Pemasaran yang meluas

10.2 Ekonomi Dagangan
Penggunaan buruh luar
Cara-cara kemasukan buruh Cina
Sistem Tiket Kredit
·         Kheh-Tau (ketua) mengumpulkan bakal migran ke Tanah Melayu dari kampung-kampung di negara Cina
·         Ketua akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran yang dibawa
·         Bakal imigran dikenali sebagai Sin Kheh
·         Imigran akan diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal
·         Golongan sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan/bertulis untuk menyelesaikan hutang mereka dengan cara bekerja dalam tempoh tertentu
·         Sin kheh akan dibekalkan dengan tikrt yang menunjukkan pelabuhan yang akan mereka tuju

Sistem pengambilan kakitangan
·         Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China
·         Segala tambang dan perbelanjaan buruh akan dibiayai oleh majikan
·         Pegawai yang dihantar bertanggungjawab mengiringi buruh sampai ke tempat majikan

Sistem pengambilan rumah kongsi
·         Pengambilan rimah kongsi dilakukan pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi
·         Pembawa buruh akan dibayar denga kadar tertentu
Cara kemasukan buruh India
Sistem buruh bebas

·         Buruh akan dating sendiri ke Tanah Melayu dengan biayaan masing-masing
·         Mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki

Sistem kontrak

·         Majikan akan membiayai tambang buruk ke Tanah Melayu
·         Buruh akan bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu

Sistem Kangani

·         Kangani akan diberikan lessen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh
·         Kangani akan diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehngga tiba di Tanah Melayu

DASAR BRITISH TERHADAP PERTANIAN.

British telah memperkenalkan dasar-dasar yang secara tidak langsung meninggalkan kesan positif kepada orang Melayu. Orang Melayu telah diperkenalkan dengan tanaman baru yang mendapat pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah.British juga telah mengkomersialkan beberapa tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.Untuk meneruskan penguasaan British trhadap ekonomi, undang-undang berkaitan pemilikan tanah turut diperkenalkan .Tujuannya ialah untuk melindungi orang Melayu dan mengelakkan tanah milik Melayu daripada diceroboh oleh pemodal dan pelabur asing.

UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH.

 Sebelum kedatangan British, pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama kerana :
·         Wujud kawasan yang luas
·         Kepadatan penduduk yang rendah
 Hal yang berkaitan dengan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi mestilah mendapat kebenaran pembesar Melayu
Tanah merupakan sumber dan tunggak kuasa politik serta mencrminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.
Undang-undang adat : tanah yang diteroka dan diusahakan oleh sesorang akan menjadi miliknya dan boleh diwarisi generasi seterusnya.
Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah masyarakat Melayu tidak sesuai dengan keadaan di Barat.
 Ini adalah kerana pemilikan tanah tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna yang mencatatkan pemiliknya.
 Bagi British, rekod bertulis penting kerana :
·         Dapat menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
·         Memudahkan urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus niaga iaitu pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian.
·         Mengikut konsep barat, tanah boleh dicagarkan untuk mendapatkan modal.
 British telah memperkenalkan undang-undang tanah berteraskan konsep barat bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi.
 Undang-undang tanah barat yang pertama di perkenalkan ialah Peraturan Tanah Perak 1879 diikuti Kanun Tanah Selangor 1891 dan Peraturan Tanah Sungai Ujong, 1887.
 Sebelum pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, setiap negeri mempunyai sistem tanahnya sendiri yang dikendalikan oleh Residen.
 Pada tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens ( dijalankan di Australia ) telah diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan tanah di Negeri- Negeri Melayu.
 British membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan.
 Kadar cukai bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.


Kesan Pengenalan Undang-Undang Tanah

 Individu atau syarikat yang ingin mengusahakan sesuatu tanah perlu membuat permohonan daripada Pejabat Tanah dan bukan lagi daripada pembesar Melayu.
 Orang Melayu perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, damar dan rotan.
 Undang undang Tanah memberi kuasa kepada Residen negeri menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
 Residen mengambil kira aspek modal, teknologi dan bilangan tenaga manusia dalam membuat keputusan permohonan tanah untuk aktiviti ekonomi.
 Dasar British juga membawa kepada pengenalan ekonomi wang dikalangan masyarakat Melayu terutamanya untuk urusan pembayaran cukai hasil hutan, jual beli, sewa tanah, membeli barang keperluan dan perkhidmatan.
 Penggunaan wang menyebabkan masyarakat Melayu di luar bandar kehilangan tanah mereka di tangan orang tengah yang menjadi peminjam wang kepada mereka.
 25.11.1913, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu dengan tujuan :
·         menjamin kelangsungan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu
·         mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.
 Akta ini membolehkan Residen mengisytiharkan mana-mana kawasan milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu. ( TSM ) dan mengelakkan ia dijual atau ditukar milik kepada bukan Melayu.
Hakikatnya, TSM adalah untuk melindungi ekonomi British. Buktinya:
·         Tanaman komersial tidak dibenarkan di TSM
·         Kebanyakkan kawasan TSM tidak subur
·         Walaupun besar tetapi tidak sesuai untuk ekonomi perladangan
 Di Sarawak, Land Order, 1931 telah diperkenalkan untuk melindungi tanah pribumi dan milik komuniti daripada diceroboh oleh pengusaha dari China.
 1933, Land Settlement diperkenalkan untuk memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat pribumi. Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan.
Tujuannya untuk mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan penjualan kepada orang asing.
 Berdasarkan undang undang 1931 dan 1933, Land Order 1948 telah diperkenalkan.
 Land Order 1948 bahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan iaitu :
·         Kawasan tanah campuran
·         Kawasan tanah simpanan
·         Kawasan tanah pedalaman

 Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak di kawasan tanah campuran sahaja.
Di Sabah, Proklamasi III, Perlindungan Hak Pribumi yang melindungi kepentingan pribumi telah diwartakan oleh British pada tahun 1889
 Peraturan ini menetapkan :
·         Kepentingan hak milik tanah pribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
·         Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua pribumi
·         Penduduk pribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.


Dasar British Terhadap Pekebun Kecil.

 Kebanyakan pekebun kecil adalah orang Melayu.
 British berusaha mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani.
 Enakmen Tanah Padi 1917 telah diperkenalkan untuk melarang penanaman getah di kawasan padi.
 Tujuannya ialah untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah.
 Premium untuk pembukaan tanah baru untuk menanam getah dinaikkan.
 Pembukaan tanah baru untuk tanaman getah dilarang sama sekali pada tahun 1930an
 Di peringkat awal, penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah secara kecil-kecilan tidak membimbangkan pengusaha Eropah dan kerajaan British.
 Kemerosotan harga getah pada tahun 1930an menyebabkan British mula meliandungi pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi Sekatan Stevenson 1922.
 Prinsip asas rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
 Dikuatkuasakan dari November 1922 hingga Oktober 1928.
 1934, dilaksanakan pula Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.
 Pekebun kecil diberi kuota yang rendah dan ditekan kerana British melihat golongan ini sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.
 Usaha usaha lain untuk meningkatkan harga getah oleh British turut memberikan kesan negatif kepada pekebun pekebun kecil.
 Orang Melayu tidak mahu menanam padi kerana pulangan yang lebih lumayan dengan penanaman getah.
 Kesannya, Tanah Melayu bergantung kepada pengimportan beras dari luar negara seperti Thailand, Myanmar dan Indo-China.
 Untuk mengelakkan pergantungan bekalan beras dari luar, British bukan sahaja memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 dan TSM tetapi juga telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air untuk memperbaiki sistem perparitan dan tali air dan membantu kegiatan penanaman padi.
 Keutamaan British sewaktu menjajah Tanah Melayu ialah ekonomi penjajah dan ekonomi peladang atau kelas komprador manakala kepentingan orang Melayu dinafikan.
 Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak diberikan kepada pekebun kecil menyebabkan mereka jauh ketinggalan dari segi modal dan teknik baru.












10.4 Kesan Dasar Ekonomi British

Pembandaran
 Makna : perubahan dari pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.

 Proses perbandaran berlaku kerana perkembangan pesat ekonomi terutamanya di kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi dan di pusat kegiatan ekonomi penjajah.

 Pekan berhampiran kawasan lombong biasanya akan:
o Mengalami pertambahan penduduk
o Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong
o Menjadi pusat mendapatkan barang keperluan pelombong.

 Perusahaan perlombongan akan menambah fungsi bandar. Pekan menjadi bandar seterusnya menjadi pusat pentadbiran, perbankan dan sebagainya.
Sistem Pendidikan vernacular
 Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda masing masing sebagai bahasa pengantar.

 Sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.

 Pendidikan Melayu tertumpu kepada membaca dan memahami al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum hakam agama dan kemahiran menulis, membaca dan mengira.

 British tidak mempertingkatkan pendidikan ini malah sistem pendidikan Inggeris tidak dilaksanakan sepenuhnya.

 Sekolah Vernakular Melayu yang pertama ditubuhkan selepas penjajahan British ialah di Telok Belanga ( 1856) seterusnya di Seberang Perai (1871 )

Sekolah Melayu untuk pelajar perempuan telah dibina di Negeri Negeri Selat pada 1885

Sekolah Melayu hanya setakat peringkat sekolah rendah.

 Kurikulumnya pula terbatas dan bersesuaian dengan matlamat British untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.

 Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) bertujuan melatih guru sekolah Melayu merupakan satu satunya institusi lanjutan sekolah rendah bagi orang Melayu.

 Kolej Melayu Kuala Kangsar pula ditubuhkan khusus untuk golongan elit Melayu
Sektor perkilangan
 Sebelum abad ke 20, aktiviti ekonomi kerajaan British di Tanah Melayu tertumpu kepada pengeluaran bahan mentah.

 Hampir semua barang perkilangan yang diperlukan diimport.

 Ini memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di Tanah Melayu kerana wujud persaingan dengan barang perkilangan yang diimport.

Sektor prkilangan di Tanah Melayu telah dimajukan untuk keperluan eksport.

1923, Syarikat Shum Yip Leong mendirikan dua buah kilang menghasilkan kasut getah untuk dieksport ke China.

 Kilang Kasut Bata, syarikat Fung Keong, Kinta Rubber Works menghasilkan barangan berasaskan getah.

 Syarikat United Engineers pula mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah.

 Perusahaan lain ialah mengetin nenas di Johor oleh syarikat Perancis dan kemudiannya diambilalih oleh pengusaha China.

Kebanyakkan kilang diusahakan oleh orang asing. Orang Melayu terus tercicir.
Perkhidmatan kesihatan
Perkhidmatan kesihatan merupakan keperluan asas yang mendesak pada zaman penjajahan British.

 Kemasukan imigran yang ramai menyebabkan kepadatan penduduk bertambah dan tidak diurus dengan baik.

Bekalan air bersih juga tidak mencukupi menyebabkan penyakit mudah merebak.

 Untuk mengawal wabak penyakit British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.