Thursday, 8 September 2016

PENDIDIKAN ISLAM : Mid-semester break work

Bab 6 Ciri-Ciri Mukmin Berjaya

6.      Ciri-Ciri Mukmin Berjaya

6.1.   Intisari Ayat
6.1.1.      Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan sia-sia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah, menepati janji
6.1.2.      golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya
6.1.3.      Islam menyeru umat mencapai kejayaan (aal-Falah) dunia dan akhirat

6.2.   Huraian Ayat
6.2.1.      ciri-ciri mukmin berjaya
6.2.1.1.beriman kepada Allah
6.2.1.2.solat dengan khusyuk
6.2.1.3.menjauhi perkara keji dan sia-sia
6.2.1.4.keluarkan zakat
6.2.1.5.jaga kehormatan diri
6.2.1.6.tunai amanah dan janji
6.2.1.7.jaga waktu solat

6.3.   Khusyuk Dalam Solat
6.3.1.      khusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan angota ketika solat semata-mata kerana Allah
6.3.2.      cara khusyuk dalam solat
6.3.2.1.mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
6.3.2.2.memahami maksud ayat dan lafaz
6.3.2.3.menumpukan pandangan ke tempat sujud
6.3.2.4.tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan
6.3.2.5.menunaikan solat dengan ikhlas
6.3.2.6.solat dengan tidak tergesa-gesa

6.4.   Mengeluarkan Zakat
6.4.1.      peranan zakat dalam masyarakat
6.4.1.1.membangunkan ekonomi
6.4.1.2.memberi biasiswa kepada pelajar
6.4.1.3.membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan
6.4.1.4.memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakat

6.5.   Menjaga Kehormatan Diri
6.5.1.      menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan yang dilarang Islam
6.5.2.      cara jaga maruah diri
6.5.2.1.tutup aurat dengan sempurna
6.5.2.2.jauhi zina dan pergaulan babas
6.5.2.3.hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah, penyelewengan dan penipuan
6.5.2.4.amal akhlak mulia

6.6.   Memelihara Amanah Dan Menepati Janji
6.6.1.      orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik
6.6.2.      tanda-tanda munafik
6.6.2.1.bercakap bohong
6.6.2.2.mungkir janji
6.6.2.3.pecah amanah
6.6.2.4.melampaui batas ketika bertengkar

6.7.   Menjaga Waktu Solat
6.7.1.      cara menjaga waktu solat
6.7.1.1.kerjakan solat apabila masuk waktu
6.7.1.2.menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan)
6.7.1.3.bersungguh-sungguh tunaikan solat

6.8.   Pengajaran Ayat
6.8.1.      solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama
6.8.2.      umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa
6.8.3.      menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim


Bab 7 Nasihat Luqman Al-Hakim

7.      Nasihat Luqman Al-Hakim

7.1.   Intisari Ayat
7.1.1.      Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjln. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak

7.2.   Huraian Ayat
7.2.1.      Luqman ialah hamba Allah yang solah lagi bertaqwa
7.2.2.      beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi
7.2.3.      beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia
7.2.4.      nasihat Luqman kepada anaknya
7.2.4.1.jgn meakukan syirik
7.2.4.2.berbuat baik kepada kedua ibu bapa
7.2.4.3.bersabar terhadap bala bencana
7.2.4.4.jgn bersombong
7.2.4.5.melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran
7.2.4.6.menunaikan solat

7.3.   Tidak Melakukan Syirik
7.3.1.      syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya
7.3.2.      syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak diterima dan mendapat balasan neraka
7.3.3.      bahagian syirik
7.3.3.1.syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah pokok dan puja kubur
7.3.3.2.syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti percaya kepada azimat, tangkal, riak dan takbur

7.4.   Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
7.4.1.      sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
7.4.1.1.ibu bersusah payah mengandungkan anaknya
7.4.1.2.ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang
7.4.1.3.bapa cari nafkah untuk anak
7.4.1.4.sanggup bersusah payah demi kebaikan anak
7.4.2.       contoh beradab dengan ibu bapa
7.4.2.1.merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka
7.4.2.2.dengar nasihat mereka
7.4.2.3.mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
7.4.2.4.sentiasa menggembirakan mereka
7.4.3.      orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhirat

7.5.   Menunaikan Kebaikan
7.5.1.      setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
7.5.2.      bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah berterima kasih kepada Allah dan manusia

7.6.   Tegahan Bersifat Sombong
7.6.1.      Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka ketika berbicara dengan orang lain
7.6.2.      kita erlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami jelas dan menerima dengan hati terbuka

7.7.   Sabar Menghadapi Bencana
7.7.1.      kepentingan sabar
7.7.1.1.memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa
7.7.1.2.reda hadapi dugaan dan ujian Allah
7.7.1.3.melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh
7.7.1.4.tidak mudah dihasut syaitan

7.8.   Pengajaran Ayat
7.8.1.      Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia
7.8.2.      Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa
7.8.3.      umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan


Bab 8 Makanan Yang Baik

8.      Makanan Yang Baik

8.1.   Intisari Hadis
8.1.1.      Allah perintahkan orang beriman makan makanan baik dan halal
8.1.2.      orang Islam dilarang makan makanan haram kerana datangkan kesan buruk

8.2.   Huraian Hadis
8.2.1.      makanan yang sedap dan lazat tidak semestinya halal kerana halalnya sesuatu makanan bergantung kepada cara pemerolehan dan penghasilan
8.2.2.      Kebaikan Makanan Halal
8.2.2.1.menjaga kesihatan badan
8.2.2.2.memelihara kewarasan akal
8.2.2.3.mendpt keberkatan dan keredaan Allah
8.2.2.4.mempengaruhi perangai dan tingkah laku seseorang
8.2.3.      Ciri-Ciri Makanan Halal
8.2.3.1.tidak memudarat kesihatan dan kewarasan akal
8.2.3.2.disembelih dengan nama Allah
8.2.3.3.diperbuat daripada bahan halal
8.2.3.4.diusahakan oleh orang islam

8.3.   Hikmah Pilih Makanan Dan Minuman Yang Baik
8.3.1.      menjaga kesihatan badan supaya sentiasa sihat dan cergas
8.3.2.      memelihara kewarasan akal
8.3.3.      mendapat pahala kerana ikut sunnah
8.3.4.      doa termakbul

8.4.   Hubungan Makanan, Minuman Dan Pakaian Dengan Ibadat
8.4.1.      kita hendaklah prihatin tentukan makanan, minuman dan pakaian agar dan langgar batasan syarak
8.4.2.      Islam suruh umat tutup aurat
8.4.3.      semua berkai rapat dengan ibadat yang kita lakukan
8.4.4.      punca doa sesorg tidak makbul kerana pengambilan makanan dan minuman yang haram serta berpakaian yang tidak tutup aurat

8.5.   Rukhsah Makan Dan Minum Yang Haram
8.5.1.      Syarat Diharuskan Makan Dan Minum Yang Haram:
8.5.1.1.hanya terdapat makanan dan minuman yang haram
8.5.1.2.makan dan minum sekadar menyelamatkan nyawa
8.5.1.3.makan atau minum bukan untuk kenyang
8.5.2.      Hikmah Diharuskan Makan Makanan Haram Ketika Darurat
8.5.2.1.dapat jaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
8.5.2.2.memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa ketika darurat
8.5.2.3.bukti Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umat

8.6.   Pengajaran Hadis
8.6.1.      umat Islam mestilah prihatin terhadap pengambilan makanan, minuman dan cara berpakaian seharian supaya tidak langgar hukum Allah
8.6.2.      Allah tidak terima doa hamba-Nya yang ambil dan minum yang haram
8.6.3.      kita wajib pakai pakaian yang bersih, sesuai dan tutup aurat
8.6.4.      orang Islam wajib memelihara diri dan keluarganya daripada terjerumus ke lembah kebinasaan

Bab 9 Perpaduan Teras Kemajuan

9.      Perpaduan Teras Kemajuan

9.1.   Intisari Hadis
9.1.1.      umat Islam dilarang bersikap yang membawa kepada perpecahan seperti hasad dengki, menipu, benci-membenci, berpaling muka dan berjual beli atas jualan orang lain

9.2.   Huraian Hadis
9.2.1.      Antara Sikap Mazmumah
9.2.1.1.dengki (Al-Hasad)
9.2.1.2.menipu (An-Najasyu)
9.2.1.3.benci-membenci (Al-Ghadab)
9.2.1.4.berpaling muka
9.2.1.5.jual beli atas jualan orang lain
9.2.2.      Sebab Larangan Dalam Hadis
9.2.2.1.bagi mewujudkan suasana muhibah, kasih syang dan harmoni dalam masyarakat
9.2.2.2.untuk semai ikatan persaudaraan yang kuat dan kukuh dalam umat Islam
9.2.2.3.bagi menghalang perpecahan dalam masyarakat

9.3.   Dengki
9.3.1.      dengki ialah perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain dan berharap kelebihan itu hilang padanya
9.3.2.      Keburukan Dengki
9.3.2.1.menghilangkan amal kebajikan yang dilakukan
9.3.2.2.menimbulkan pergaduhan
9.3.2.3.menyebabkan jiwa dan perasaan seseorang tidak tenteram

9.4.   Menipu
9.4.1.      perbuatan sama ada melalui tutur kata aatu tingkah laku berkaitan dengan muamalat yang dijalankan secara tidak jujur seperti pembeli menawarkan harga yang tinggi pada sesuatu barang sedangkan dia tidak mahu beli
9.4.2.      perbuatan menipu bertujuan menyusahkan orang lain

9.5.   Benci-Membenci Dan Berpaling Muka
9.5.1.      perasaan marah atau tidak menyenangi orang lain
9.5.2.      lahir dari sikap sombong dan angkuh
9.5.3.      orang yang bersifat ini sering gelisah, tidak tenteram dan marah kepada orang lain

9.6.   Jual Beli Di Atas Jualan Orang Lain
9.6.1.      membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri
9.6.2.      perbuatan ini menyebabkan timbul perasaan marah di kalangan penjal dan pembeli yang terlibat
9.6.3.      Jual Beli Atas Jualan Orang Lain Dalam Beberapa Situasi
9.6.3.1.penjual menawarkan kepada pembeli harga yang lebih murah atau barang yang lebih baik sedangkan pembeli sedang berurusan dengan penjual yang lain
9.6.3.2.pembeli menawarkan harga yang lebih tinggi kepada penjual sedangkan ketika itu penjual sedang berurusan dengan pembeli lain

9.7.   Perpaduan Teras Kejayaan
9.7.1.      Langkah2 Memupuk Ke Arah Perpaduan
9.7.1.1.memupuk kasih sayang antara anggota masyarakat
9.7.1.2.amal sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama
9.7.1.3.memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka
9.7.1.4.saling ziarah-menziarahi
9.7.2.      Ciri-Ciri Perpaduan Dalam Islam
9.7.2.1.berteras keimanan kepada Allah
9.7.2.2.pengamalan akhlak yang mulia
9.7.2.3.bertujuan ke arah kebaikan bersama

9.8.   Pengajaran Hadis
9.8.1.      semua umat Islam adalah bersaudara
9.8.2.      perpaduan sangat penting untuk kemajuan dan kestabilan negara
9.8.3.      kita hendaklah menjauhi perasaan hasad kerana hal ini boleh memecah-belah umat Islam 

Pendidikan Islam Tingkatan 4 SPM

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.