CONTOH PERUMPAAN, PEPATAH, DAN
BIDALAN YANG MEMPUNYAI SAMA MAKSUD DAN BOLEH DIGUNAKAN DALAM KARANGAN ANDA
SEMUA
1.
Ada lurah di sebalik bukit / ada udang di sebalik
batu
Maksud: ada motif atau tujuan
lain yang tersembunyi.
2.
Ada bangkai, adalah hering / ada bangkai, adalah
ulat
Maksud: di mana ada perempuan
jahat, di situ pula ada lelaki jahat.
3.
Ada padang, adalah belalang / ada air, adalah ikan
Maksud: ada negara tentu ada
rakyatnya.
4.
Ada tangga hendak memanjat tiang / ada sampan
hendak berenang
Maksud: sengaja mencari susah.
5.
Adakah hilang bisa ular yang menyusur di bawah
akar? / tiada hilang bisa ular yang menyusur akar
Maksud: martabat orang yang
mulia itu tidak akan hilang walaupun dia bercampur gaul dengan golongan bawahan
ataupun bersikap rendah diri.
6.
Adapun manikam itu kalau jatuh ke dalam lumpur
sekalipun, tidak akan hilang cahayanya / tak hilang cahaya manikam, walau jatuh
ke pelimbahan sekalipun
Maksud: orang yang baik
pekerti serta berakhlak mulia tetap dengan sifat-sifat yang demikian, walaupun berada
dalam kemiskinan atau kesusahan.
7.
Alang- alang mandi biar basah / alang-alang
berdakwat biru sampai hitam
Maksud: buatlah sesuatu itu
dengan bersungguh-sungguh hingga berhasil.
8.
Bagai kapak naik cerana / bagai kapak naik
pemidang
Maksud: melakukan sesuatu
dengan tidak cukup kebolehan atau kelengkapan.
9.
Bagai inai dengan kuku / bagai isi dengan kuku /
bagai lesung dengan antan
Maksud: perhubungan yang
sangat baik.
10.
Bagai melihat ulat / bagai melompati pagar tiga
hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi
Maksud: pertolongan yang tidak
kurang tetapi tidak mencukupi.
11.
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan / bagai
pahat dengan penukul
Maksud: membuat kerja hanya
apabila disuruh.
12.
Bagai perahu karam sebelah / bagai pintu tidak
berpasak
Maksud: sesuatu yang
berbahaya.
13.
Bagai petir tunggal / bagai kilat senja
Maksud: ketangkasan pergerakan
pahlawan.
14.
Bagai tungku sejerangan / bagai tali berlembar
empat
Maksud: 1) perbuatan yang
diperbincangkan atau dihalusi oleh empat orang.
2) orang berilmu, serta berkemahiran tentulah
dapat melakukan kerja dengan sempurna.
15.
Bagaimana contoh, begitulah gubahnya / bagaimana
acuan, begitulah kuihnya.
Maksud: sesuatu itu mengikut
asalnya ; anak mengikut baka ibu bapanya.
16.
Bersua baji dengan matan / bertemu buku dengan
ruas / bertemu teras dengan beliung
Maksud: bertemu lawan yang
sepadan atau sama kuat dan sama cerdik.
17.
Bertendang biar sama berkasut / bertampar biar sama bercincin
Maksud: mencari lawan biarlah
sepadan.
18.
Besar kayu, besar dahannya / besar periuk, besar
keraknya
Maksud: banyak pendapatan,
banyak pula perbelanjaannya.
19.
Besar sendal daripada gelegar /besar pasak
daripada tiang / besar suap daripada mulut
Maksud: berbelanja melebihi
pendapatan.
20.
Biar senget, jangan tertiarap / biar titik ,
jangan tumpah
Maksud: biar rugi sedikit
daripada rugi banyak.
21.
Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman
sendiri rumput sampai ke kaki tangga / bintang di langit boleh di bilang,
tetapi arang di muka tidak sedar
Maksud: kecacatan atau
keburukan orang lain dapat dikesan dan diperkatakan, tetapi kecacatan atau
kekurangan diri sendiri tidak dihiraukan.
22.
Bunga dipersunting, perdu diberaki / bunga
dipetik, perdu ditendang
Maksud: suami yang hanya
menyayangi isteri tetapi membenci mentuanya.
23.
Bunga tak sekaki, kumbang tak seekor / bunga bukan
sekuntum,kumbang bukan seekor
Maksud: lelaki atau perempuan
bukan seorang sahaja di dunia ini.
24.
Dalam boleh diduga, dalam hati siapa tahu / dada
manusia tidak dapat di selam
Maksud: isi hati dan fikiran
seseorang tidak boleh diketahui.
25.
Di luar berkilat, di dalam berongga / di luar
bagai madu, di dalam bagai hempedu
Maksud:dari segi lahir luar
kelihatan baik, tetapi batinnya jahat.
26.
Diam ubi lagi kental, diam besi lagi sentil /
diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat
Maksud: diam orang berilmu
berfikir tetapi diam orang bodoh sia-sia sahaja.
27.
Dianjak lalu, di anggur mati / dianjak layu,
dianggur layu
Maksud: mengambil keputusan
yang tetap dan tidak berubah-ubah lagi.
28.
Di benar duduk di serambi, hendak bermaharajalela
di tengah rumah / diberi betis hendak paha / diberi sejengkal hendak sehasta,
diberi sehasta hendak sedepa
Maksud: diberi sedikit, hendak
banyak.
29.
Dulu permata intan, sekarang batu belanda / dahulu
intan, sekarang jadi batu belanda
Maksud: orang besar dan kaya
apabila hilang kebesaran dan kekayaannya maka kuranglah martabatnya di mata
orang.
30.
Habis geli oleh geletek, habis bisa oleh biasa /
habis miang kerana bergeser
Maksud: 1) kesukaran akan
hilang apabila telah menjadi kebiasaan.
2) kasih sayang yang tidak kekal.
31.
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan
dilepaskan / harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Maksud: kerana mengharapkan
keuntungan besar yang belum pasti, segala keuntungan yang ada dibuang.
32.
Hari ini patutlah redup sahaja / hari ini patutlah
panas keras
Maksud: sekiranya sesuatu
usaha besar da berbahaya itu berhasil, maka besarlah pula keuntungan yang
didapati.
33.
Harimau mengaum tak akan menangkap / harimau
bertempik tak akan makan orang
Maksud: orang yang marah dan
berteriak-teriak biasanya tak akan sampai memukul.
34.
Ikan yang diam di dalam tujuh lautan sekalipun,
termasuk juga ke dalam pukat juga / ikan di dalam lautan yang besar sekalipun
termasuk juga ke dalam pukat
Maksud: sepandai seseorang,
ada kalanya dia melakukan kesalahan juga.
35.
Jika hendak bertanam sayur, buanglah rumput /
jikalau kasih akan padi, buangkanlah akan rumput
Maksud: jika masih kasih akan
anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain.
36.
Jikalau beranak, ikutlah kata bidan / jika hendak
beranak, ikutlah kata bidan
Maksud: dengar nasihat pakar.
37.
Kapal pecah yu kenyang / jong pecah yu yang
kenyang
Maksud: jika berlaku kekacauan
atau huru-hara, tentulah ada orang yang mendapat untung daripada keadaan
tersebut.
38.
Kerbau sekawan dapat dikawal, manusia seorang
tiada dapat dimaklumi / kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada
terkawal
Maksud: menjaga binatang yang
lebih banyak lebih mudah berbanding menjaga seorang anak gadis.
39.
Lain padang, lain belalang / lain lubuk, lain
ikannya
Maksud: adat resam sebuah
negeri atau nagara berlainan di antara satu dengan yang lain.
40.
Laksana lembu dogol, tak boleh menanduk / laksana
lembu kasi
Maksud: berbadan besar tapi penakut.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.