Saturday, 10 September 2016

PRINSIP PERAKAUNAN : Mid-semester break work


Pelarasan
OK, pelarasan dalam akaun yang kita belajar ada 4, iaitu Akruan, Hutang Lapuk, Hutang Ragu dan Susut Nilai.


  1. Akruan
    Dalam akruan ni, ada hasil terakru, belanja terakru, hasil terdahulu dan belanja terdahulu.

    Hasil terakru ialah hasil yang SEPATUTNYA diperoleh dalam tempoh perakaunan tetapi belum lagi diterima. Ia merupakan Aset Semasa perniagaan. Contohnya ialah komisen diterima terakru. (in another way, hasil terakru ni hasil yang belum dapat.)
       Dalam jurnal, kita kena debitkan hasil terakru dan kreditkan hasil. Dalam penyata pendapatan pula kita kena tambahkan dengan nilai hasil yang telah diterima dan dalam kunci kira-kira diletakkan bawah aset semasa.

    Hasil terdahulu pula ialah hasil yang SEPATUTNYA BELUM diterima dalam tempoh perakaunan tapi diterima lebih awal. Merupakan liabiliti semasa dan contohnya ialah komisen diterima terdahulu.
      Dalam jurnal, kita kena kreditkan hasil terdahulu dan debitkan hasil. Dalam penyata pendapatan pula kita kena tolakkan dengan nilai hasil yang telah diterima dan dalam kunci kira-kira diletakkan bawah liabiliti semasa.

    Belanja terakru ialah  belanja yang SEPATUTNYA dibayar dalam tempoh perakaunan tetapi belum lagi dibayar. Ia merupakan liabiliti semasa perniagaan. Contohnya ialah insurans dibayar terakru. (in another way, belanja terakru ni belanja yang belum bayar; hutang.)
       Dalam jurnal, kita kena debitkan belanja dan kreditkan belanja terakru. Dalam penyata pendapatan pula kita kena tambahkan dengan nilai belanja yang telah dibayar dan dalam kunci kira-kira diletakkan bawah liabiliti semasa.

    Belanja terdahulu ialah belanja yang SEPATUTNYA BELUM dibayar dalam tempoh perakaunan tetapi telah dibayar. Ia merupakan aset semasa perniagaan. Contohnya ialah insurans dibayar terdahulu.
       Dalam jurnal, kita kena debitkan belanja terdahulu dan kreditkan belanja. Dalam penyata pendapatan pula kita kena tolakkan dengan nilai belanja yang telah dibayar dan dalam kunci kira-kira diletakkan bawah aset semasa.

  2. Hutang Lapuk
    -hutang lapuk ialah hutang yang pasti tidak dapat dikutip daripada penghutang dan dianggap sebagai BELANJA.
    -disebabkan oleh:  * penghuntang tak mampu untuk membayar hutang
                                  * penghutang mampus meninggal dunia
                                  * penghutang melarikan diri
                                  * penghutang diisytiharkan muflis
    -ditolakkan dari jumlah penghutang dan dihapuskan sebagai KERUGIAN-untuk catatan jurnal, debitkan hutang lapuk dan kreditkan penghutang
    -diletakkan di bawah belanja dalam penyata pendapatan & untuk direkodkan dalam kunci kira-kira, gunakan rumus: [ Penghutang bersih = Penghutang - Hutang Lapuk ]
    -hutang lapuk terpulih ialah penghutang yang telah direkod sebagai hutang lapuk tiba-tiba membayar balik hutangnya dan dianggap sebagai HASIL
    -
    untuk catatan jurnal, kita perlu membuka semula akaun penghutang dan hutang lapuk terpulih, merekodkan penerimaan & pindahkan akaun hutang lapuk terpulih ke AUR.


  3. Peruntukan Hutang Ragu
    -satu ANGGARAN jumlah hutang yang tidak dapat dikutip
    -tujuannya ialah, memadankan hasil dengan belanja perniagaan dan menampung kerugian dalam bentuk hutang lapuk                            

  4. Susut Nilai
    Susut nilai ialah pengurangan nilai aset bukan semasa & dikira sebagai belanja. Teteap tidak dibayar dengan wang, ia ditolak daripada kos ABS.

    Susut nilai terkumpul
    pula ialah JUMLAH susut nilai yang terkumpul pada akhir setiap tahun perakaunan.

    Kaedah Pengiraan Susut Nilai
    1. Penilaian semula
        Susut Nilai = Nilai ABS Awal - Nilai ABS Akhir

    2. Garis lurus / Ansuran tetap / Atas kos
        Susut Nilai = Kos asal x Kadar Susut Nilai Tahunan*

    3. Baki berkurangan
        Susut Nilai = Nilai Buku x Kadar Susut Nilai*

    *perlu didarabkan dengan tempoh penggunaan jika kurang setahun
    Nilai Buku = Kos asal - Susut nilai terkumpul

              Dt Susut nilai, Kt Susut nilai terkumpul
              Dt AUR, Kt Susut nilai
  5. Menilai Stok Akhir
    Pilih nilai yang terendah antara harga kos atau harga pasaran




    ~Sekian 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.